Pendapat yang menetang Torah Lisan

Cetak timbul menggambarkan penembangan tradisi lisan di Muzium Diaspora Tel Aviv

Sadducees

Kelompok Sadducees menolak tradisi (pengisahan) lisan Farisi (Pharisee). Mereka melandaskan tafsiran mereka dengan menggunakan tradisi mereka yang menitikberatkan pemahaman ayat-ayat secara lebih harfiah. Dalam banyak segi, ini membawa kepada amalan yang lebih ketat berbanding Farisi terutamanya dalam hal-hal berkaitan hukum-hakam penyucian dan amalan kuil. Kebanyakan aspek undang-undang Sadducees dan kaedah pentafsiran tidak diketahui.[24]

Essenes

Kelompok Essenes, sebuah kelompok biarawan, memiliki 'organisasi bersifat biara'. Mahupun mereka memiliki hukum-hakam dan adat resam yang tidak terkandung dalam Bible, mereka menolak sebahagian besar tradisi lisan.[25]

Karaite

Rencana utama: Karaite Judaism

Judaisme Karaite atau Karaism ialah mazhab Yahudi yang muncul lebih kurang sezaman dengan waktu pembukuan Talmud selesai. Ciri utama mazhab ini ialah penolakan Torah Lisan dan Talmud, dan kebergantungannya dengan Tanakh sebagai teks suci.

Ada di kalangan Karaite yang hanya bergantung pada p'shat (maksud jelas) teks. Ini berlawanan dengan Judaisme Rabai yang bergantung pada Torah Lisan dan menggunakan beberapa kaedah pentafsiran yang kadang kalanya menyimpang daripada maksud harfiah.

Rujukan

WikiPedia: Torah Lisan http://people.ucalgary.ca/~elsegal/TalmudMap/MG/MG... http://hirhurim.blogspot.com/2005/11/onkelos-and-o... http://www.google.com/search?tbm=bks&tbo=1&q=%22du... http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=1... http://www.tekhelet.com http://www.torahresource.com/EnglishArticles/Count... http://bennypowersisraeltours.wordpress.com/tag/mi... http://dailydaf.files.wordpress.com/2011/04/teffil... http://torahtourguide.wordpress.com/2012/03/19/sou... http://www.humboldt.edu/~kmb2/paper.html